Apa beza skincare products dari drugstore, medical grade, MLM, Korean, high ends brands?

Just woke up from a week of self care/mind my own business routine. Haluu.  not really a week lah sebab personal online class dah start balik sabtu haritu.

 

Jadi, apa beza semua tu? Bagi i, semua tu lebih kepada distribution channel. And tak adil nak compare ‘one is better than other’ berdasarkan tempat. Label-label seperti:

  1. Clinically tested
  2. Dermatologically tested
  3. Non comedogenic
  4. Natural
  5. Medical grade

 

Semua ni hanya marketing label dan unregulated terms. Tak semestinya tak bagus or bad label or bagus. Subjektif sebab quality/formulanya tak dipantau. No guarantees in anything walaupun produk tu dijual di klinik atau yang formulate tu doktor. Tapi ada juga yang legit bagus. Jadi in general, if nak buat perbandingan, lebih baik banding product per product ataupun per formulation and skin needs. Bukan berdasarkan tempat yang dijual. Sebab semua tempat tadi ada ja produk yang bagus dan tak bagus.

 

Jadi akhirnya apa yang penting bila nak pilih produk?

  1. Tahu pasal skin type
  2. Tahu kenali jenis-jenis skin conditions
  3. Tahu bahan aktif dan formula mana yang diperlukan oleh skin type dan condition kita masa tu
  4. Tahu berapa percantage bahan aktif  diperlukan lelebih lagi kalau pakai acids dan antioxidants. Lain keadaan kulit lain jenis/percentage aktif ya.
  5. Tahu macam mana nak layerkan semua tu berdasarkan jenis/keadaan kulit dan aktiviti harian kita.

 

Ramai beli produk berdasarkan reviews dan persepsi like ‘beli kat tempat sekian sekian mesti elok’. Tak ramai beli berdasarkan 5 faktor ni yang sepatutnya jadi your main direction or skincare product GPS bila beli. Tak tahu ni, sebab tu selalu frust bila beli produk. I feel yaa.