fbpx

Apa beza glycolic acid dengan lactic acid?

Kalau dalam produk tu ingredients utama dia glycolic acid atau lactic acid, ni kategori chemical scrub, chemical exfoliant atau exfoliating toner. Tapi ada juga dalam bentuk serum.

 

Dedua kategori acid AHA. Sama tujuan dia. Buang kulit mati dengan cara leave in. Kalau physical scrub berbiji tu kena basuh muka kan lepas pakai. Hehe.

 

Tapi perbezaan ketara dua ni adalah:

 

  1. Lactic acid

Lebih kepada anti aging seperti improve skin tekstur. Kulit kering, aging yang tak banyak masalah, tapi nak start tukar scrub routine, boleh mulakan dengan ni.

  1. Glycolic acid

Yang ni lebih sesuai untuk yang ada masalah pigmentation dan kusam disebabkan tona kulit tak sekata. Especially ada concern dahi dan area mulut yang sedikit gelap atau prone to get jeragat/sun spot.

 

Kalau dalam aesthetic procedure, untuk chemical peel, glycolic acid antara yang strong lah berbanding ferulic acid, kojic acid, lactic acid. So kadar chemical burn pun tinggi kalau kulit tak cukup moisture. Kesan dia, pigmentation makin gelap. Apatah lagi risiko for home usage. Untuk beginner kalau nak guna glycolic acid untuk exfoliate dan lighten hyperpigmentation, it is advisable guna below  4% dulu.

 

2 bahan aktif ni akan buat kulit kita lebih senang terbakar atau sun sensitive. Jangan lupa sunblock k.