fbpx

Tricks Guna Toner Untuk Kulit Berminyak

Skincare routine is a personal thing. Even for a skin type, the routine changes according to the skin condition, needs and the target at different time. Untuk oily skin ja pelbagai teknik ada bergantung keadaan. Ni topik toner. Zaman sekarang, step toner tak wajib tapi ada keperluan dia disebabkan tekstur dia yang watery.

 

  1. Kulit berminyak

Boleh guna toner lepas cleansing routine untuk bersihkan sisa kotoran minyak yang tertinggal lepas double cleansing. Kalau target nak kawal pengeluaran sebum, boleh pilih toner yang ada oil control/exfoliating property seperti AHA/BHA/witch hazel/tea tree/azelaic acid/niacinamide. Niacinamide best lah pakai sebab dia multitasker untuk target jerawat yang masih active, oily skin dan ada parut concern dan kecilkan pori juga. Ni alternative selain essence atau serum.

 

  1. Toner yang ada fungsi kawalan minyak ni boleh digunakan juga untuk midday routine. Lepas blot excess oil/ambil wudhu boleh guna toner/mist sebelum sunblock reapplication.

 

  1. Tapi kalau berminyak dia dah terkawal cuma nak pastikan dia LIGHTLY hydrate kulit dia, hydrating toner dah cukup boleh skip moisturizer kalau tak dehydrated/dry dan pakai sunblock terus. Melainkan ada pakai strong active macam AHA/BHA/potent Vitamin C/ Retinoid/niacinimide layer hydrating toner and pakai moisturizer can be helpful to prep your skin sebelum/selepas pakai active ingredients untuk elakkan irritation. Kesan pakai actives ni lebih effective kalau kulit cukup moisture (cukup moisture ya bukan over-moisture). Kalau tak, tu yang radang tu. Merah gelupas gatal pedih. Tak cukup moisture lelagi kalau pakai yang concentrated actives.

 

Nak tukar basic hydrating toner kepada hydrating essence/serum boleh tak? Boleh. Nak pakai semua boleh tak? Macam cleanser ➡toner ➡essence ➡serum ➡moisturizer ➡sunblock. It is unnecessary kalau function semua mostly sama. Tak semua kuit boleh layer bebanyak skincare products. Kalau oily skin, korang ada tendency untuk over hydrate yang boleh jadi punca jerawat kalau atau trigger skin inflammation disebabkan pakai terlampau banyak active ingredients. Tapi kalau kulit boleh tolerate, ya silakann. Masalah akan timbul kalau dia taktau kulit dia boleh tolerate ke tak. Kes ni, kena belajar kenali kulit sendiri dulu baru belajar tentang produk dan layering.