TENTANG KAMI

TENTANG KAMI

KENALI

Hi! Saya ialah Ahli Estetik bertauliah (Certified Aesthetician) yang diiktiraf oleh Medical Aesthetic International Certification (MAIC) & Medical Aesthetic Certification Program. Saya terlatih dalam beberapa rawatan estetik termasuk Non-Medical Microdermabrasion serta berpengalaman sebagai Home Skincare Routine Expert. 

Bermula dengan perkongsian di media sosial melalui laman @skinpolitic, saya membantu komuniti wanita untuk memahami dan membezakan jenis kulit serta kondisi kulit mereka. Saya juga membantu komuniti wanita untuk memahami penggunaan produk dan formula-formula yang wujud di pasaran. Dengan gabungan 2 teras utama ini anda tidak perlu lagi bergantung kepada ‘reviews’ & ‘marketing’ produk untuk menjaga kulit anda. 

Platform ini disediakan untuk memudahkan lagi komunikasi dan penyediaan servis saya kepada komuniti ini.

Berdasarkan perkongsian para pembaca, ramai antara kita yang mengalami masalah kecantikan kulit walaupun telah habis ribuan ringgit di Pusat Estetik dan membeli pelbagai jenis produk. Malangnya masalah kulit masih berulang, menjadi semakin teruk atau gagal diatasi sehingga menggangu keyakinan diri. Saya dapati masalah dan kekecewaan ini akan sering dialami oleh segenap masyarakat apabila mereka tidak mempunyai pengetahuan asas dalam mengenali serta memahami jenis & keadaan kulit mereka sendiri sekaligus menyebabkan mereka keliru untuk memilih serta menggunakan produk yang mempunyai pelbagai jenis bentuk, tekstur, bahan aktif dan fungsi yang sering bertukar di pasaran. Kekeliruan ini boleh menjadi akar kepada kegagalan mendapatkan kulit yang sihat dan berseri kerana produk dan rutin yang dilakukan di rumah dipilih dan dibuat berdasarkan ‘reviews’ dan trend kecantikan semata-mata dan bukan berdasarkan keperluan kulit.

Skinpolitic.

Oleh itu, saya menyediakan platform ini bagi memudahkan masyarakat mendapatkan tip, nasihat, pembelajaran & konsultasi daripada ahli estetik yang bertauliah demi membantu menyelesaikan masalah ini. Platform ini juga bermanfaat untuk mereka yang telah menjalani rawatan profesional di Pusat Estetik bagi mendapatkan hasil rawatan ‘facial’ yang maksimum dan lebih lama melalui penjagaan wajah yang berterusan di rumah disamping mempelajari cara mengawal risiko iritasi yang mungkin berlaku dikemudian hari jika tersilap langkah.

Perkongsian serta khidmat nasihat dan konsultasi penjagaan kulit dirumah ini dibuat berasaskan pengajian terkini secara ‘evidence based’ berserta gabungan pengalaman-pengalaman saya dan klien. Diharap platform ini dapat membantu banyak lagi individu lain untuk belajar mengenali kulit sendiri, memilih produk skincare dan  membina rutin yang betul di rumah berdasarkan keperluan kulit bagi mendapat hasil kulit yang lebih sihat dan berserih disamping pengambilan ubat-ubatan atau rawatan intensif yang dilakukan di Pusat Ekstetik jika ada.