fbpx

Susu dan jerawat

Anddd ramai juga tiba-tiba tak minum susu sebab tengok orang lain tak minum susu untuk elakkan cystic acne. Tapi tak faham kenapa dan macam mana boleh jadi. Selalunya susu ni ada 3 keadaan:

 

  1. Gula dalam darah tinggi (insulin sensitivity)

Ni kalau ada, setakat elak minum susu ja sia-sia sebab semua makan makanan yang tinggi gula (high glycemix index) pun akan menyebabkan gula dalam darah tinggi kena elak juga.

  1. Lactose intolerance

Ni kalau ada, selain masalah kulit tu, dia akan datang lagi simptom lain macam rasa nak muntah, sakit kepala, loya, sakit perut lepas minum susu. Dia jadi sebab perut tak boleh hadam lactose (gula) dalam susu.

  1. Allergik dengan susu

Ni selain masalah kulit, simptom dia lebih kurang sama atau tak sama dengan lactose intolerance. Cuma beza dia, imuniti badan kita yang over-sensitive dengan protein susu tu macam casein, whey.

 

Tiga-tiga ni boleh menyebabkan jerawat atau rashes juga. Kalau yang ada PCOS tu, sesetengah pcos-er dia ada insulin sensitivity. Jadi bukan kena kurangkan susu ja. Makanan yang tinggi gula (high glycemix index) pun kena cut down sekali. Baru ada perubahan.

 

Siapa sesuai minum lactose free milk? Yang ada masalah lactose intolerance ja sesuai. Kategori 1 (insulin resistance) tetap digalakkan untuk cut down. Sebab kandungan gula susu tu sama atau boleh jadi lebih kalau ada added sugar. Kategori 3 (milk allergy) pun tak sesuai sebab dia takda lactose ja. Protein susu yang mereka allergic tu masih ada. 2 kategori ni boleh pilih plant based milk.

Plant based milk: almond milk, soy milk. Homemade almond milk tanpa gula boleh beli kat @sweet_halwa. Kalau orang tu allergic dengan kacang, pilih oat milk, coconut milk. Coconut milk tu santan ke? Ya santan. 🤣 boleh ja guna santan, cairkan kan. Kalau fresh santan lagi better. Can get it from @santan.89.delivery Tapi kalau travel atau nak cepat, i guna @medellacoco coconut milk powder dari @jayagrocer untuk buat hot chocolate ke, pancake ke, kerusi ke suka hati i lah nak buat apa