fbpx

Siapa ada jerawat yang tumbuh kat tempat yang sama?

Ada banyak kemungkinan. Antaranya, masih ada aktif acne yang berkumpul kat bawah kulit. Antara faktor dia masih lagi aktif adalah disebabkan;

  1. Pernah picit jerawat sebelum tu kat tempat yang sama.
  2. Pakai moisturizer yang tak sesuai degan kulit
  3. Androgen overproduce minyak muka sebab ada PCOS, masalah kesihatan atau perubahan hormone yang jadi disebabkan ubat kesuburan, pil perancang, stress, lifestyle habits, diet tak seimbang, atau takda sebab pun hormone boleh berubah.

 

Anatara topical routine yang praktikal untuk clear kan keluarkan aktif acne dalam kulit boleh pilih antara;

  1. Salicylic Acid
  2. Retinoid
  3. Azelaic Acid

 

3 active ingredients ni akan bantu korekkk aktif acne dalam kulit tu supaya keluar. Pilih satu ja. Bila dia keluarkan ni, ni yang dipanggil purging ni. Kena ke lalui purging ni? You decide. Nak biarkan dia keluar sendiri, lama lah. Atau nak dia keluar cepat kasi clear habis. Salicylic acid, Retinoid and Azelaic Acid cepatkan ja. Berapa lama nak tunggu dia clear? Depends berapa banyak pori kita yang tersumbat tu, purging macam ni maximum ambil masa 8-24 minggu bergnatung percentage yabg kita pilih dan total layering yang kita buat. So pilih percentage yang sesuai untuk kulit dan buat layering dengan betul k. Kalau pakai 3 actives ni, sunscreen jangan mengelat k. Sebab ada yang antara bahan aktif ni akan menyebabkan kulit agak sensitive dengan matahari. Nanti jerawat takda tapi kusam dan suntan/burn pula atau boleh jadi jerawat jadi lebih bengkak.

Cuma masalahnya, kalau lepas 24 minggu pun  jerawat tak kurang, maksudnya hormon androgen kita yang keeeeeep on overproduce minyak. Dah cuci, sumbat balik. Gitulah. Pendek cerita, routine dah betul tapi kita stress. Routine betul, tapi diet tak jaga. Bubble tea 10 cawan sehari, air kosong segelas. Sayur buah tak makan. Jadi nak kawal dia lagi, tu yang kena jumpa doktor, dia bagi ubat makan untuk paksa androgen stop produce minyak. Motif? Nak elakkan parut teruk. Tapi ubat ni hanya sementara ja. Pilih antibiotic based acne cream boleh tak? Boleh. Boleh gabung dengan salah satu kat atas. Tapi antibiotic bunuh bacteria P.acne ja. So dia hanya tolong kecutkan jerawat aktif ja. Tak keluarkan jerawat yang sembunyi dalam kulit. Ni cerita kalau nak kasi jerawat dalam kulit tu naik atas la. Tanak takpa.

 

 

DRUGSTORE: Tips and tricks untuk guna Retinoid (vitamin A) for beginner (PM routine sahaja to avoid sun sensitivity issue)

Yang method paling practical dan save budget. Tapi routine ni, macam i cakap kat insta story, please choose basic cleanser and basic moisturizer. Fokus kat satu jaaa jenis retinoid as an active ingredients untuk target jerawat. Warning: Not for eczema, dermatitis, rosacea, psoriasis, sensitive skin sufferers. It will trigger flares up. Please take note.

PM Routine Recommended Step for Adapelene

  1. Make Up Remover
  2. Gentle Cleanser
  3. Moisturizer. Protect eye and lips area guna vaseline pun can. Kawasan ni kulit lebih nipis. Extra care.
  4. Differin Adapelene 0.1%: (Elakkan kawasan mata dan bibir)

  1. First timer

Campur adapalene dan moisturizer ratio 1:1. Pastu dot kan dekat acne satu. (Patch test adapelene) Tengok reaction dia. Kalau okay, selang sehari, buat dekat lebih daripada satu jerawat.

  1. Cara kedua

Bila kulit boleh tolerate takda merah gatal, kering, menggelupas, baru tak perlu mix dengan moisturizer, terus apply adapelene dekat jerawat lepas step 3.

  1. Step laaaast sekali, apply another layer of lightweight moisturizer lagi macam step 3 dekat kawasan yang dah apply Adapelene tu.

Tuja. First timer, buat seminggu 1-2x, kalau okay takda papa, baru increase 4-5x, sampai ada perubahan.. Purging akan jadi kat some people around 4-24 weeks. Kalau dah improve can reduce usage for maintenance (depends kulit) time nak period can increase balik to control acne.