fbpx

Rambut gugur sebab tak cukup nutrien

Siapa sini buat crash diet sebab nak kurus? Jadi vegeterian sebab nak hilangkan jerawat? Makan jenis skip-skip? Hari-hari makan maggie? K k dah. Muda-muda tak rasa. Sampai satu tahap when aging is real, collagen sharply drop, immunity drop teruk baru rasa. Nak-nak lepas bersalin. Pastu pelik kenapa badan kita banyak masalah time tu. Pastu stress. Pastu masalah lagi teruk sebab stress. Experience talking. I cakap bukan sebab i ajet ajet bagus k. Apa nak buat?

 

Let me give you an idea. Pilih la mana sesuai dengan lifestyle:

  1. Ambil multivitamin yang ada Biotin, Vitamin C, Vitamin A, Vitamin D, Folic acid dan B complex (disclaimer: consult physician dulu nak ambil dosage yang mana depends brand)
  2. Atau ambil hair and skin vitamin macam sugarbear hair vitamin or sugardollbynn (might contains perasa/gula)
  3. Semestinya amalan pemakanan yang sihat dan seimbang.

 

Ni cerita kalau tak cukup nutrisi. Kalau nutrisi cukup tapi gugur juga, tu sama ada sebab salah pilih shampoo, tak scrub kulit kepala weekly, sakit, bersalin (ni temporary ja sebab hormon berubah) daaan kalau semua tu takda atau dah betulkan tapi masih gugur, baru salahkan genetik/medical conditions. Sila jumpa dermatologist atau trichologist sebelum teruk k. Kalau korang tanya, Trichologist tu Pakar Rambut dan Kulit Kepala.