fbpx

Peptide: Bahan ‘anti aging’ kedua selepas Retinoid (Retinol)

Retinoid sedikit irritating dan pregnant mommies tak boleh pakai. Peptide pula sebaliknya. Sesuai untuk kondisi kulit sensitive, pregnant/lactating mothers atau newbie dalam rutin anti aging sebab sangat melembapkan untuk mature skin yang perlukan heavier water based product. Persamaan retinoid dan peptide, dua-dua aktifkan pembentukan collagen topically. Cuma peptide baru dikaji. Tak banyak bukti tapi to me peptide lebih kepada increase water content dalam kulit dan menyebabkan aging concerns kita jadi samar.

Jenis-jenis Peptide:

✔ Polypeptide, Pentapeptide/Matrixyl

◾Kulit nampak muda dengan cara aktifkan ‘collagen’ dalam kulit. Jadi kulit nampak plump.

✔Palmitoyl Oligopeptide, Palmitoyl tetrapeptide-7

◾Kulit nampak muda dengan cara aktifkan collagen berserta hyaluronic acid dalam kulit jadi kulit jadi ‘plump’ dan rawat kesan kerosakan UV.

✔Acetyl hexapeptide-8 (ARGIRELINE)

◾Kulit nampak muda dengan cara dia relaxkan otot sekitar wajah yang membentuk fine lines/wrinkle (Botox effect) ja.

✔ Copper Peptide

◾Dia tukang ‘maintain’ collagen yang dah terbina dengan jayanya.

Selalu skincare produk peptide ni, dia akan gabung dengan peptide yang berbeza, antioxidant atau amino acid atau fermented ingredients. So, baca label dan pilih jenis peptide yang bersesuaian dengan keperluan kulit masa tu. Nak lifting ja ke. Nak dewy honey skin ke. Nak honey chicken bbq ke garam masala ke. Cann all cannn.