fbpx

Macam mana nak hilangkan sunburn?

Sunburn sebenarnya pun an umbrella term untuk describe sun damage. Dia ada 2 jenis:

  1. Sunburn
  2. Suntan

 

Sunburn

Sunburn yang dimaksudnya dengan betul adalah lepas kena matahari kulit akan jadi merah, sakit, pedih atau sampai blister. Bergantung tahap. Kena first degree sunburn ke, second degree atau third degree sunburn. Kalau dah kena first degree pun, dah kena pergi klinik tau. Nak pulihkan tu, kulit akan melalui beberapa tahap dalam proses penyembuhan. Hari pertama jadi apa, kedua akan jadi seterusnya. Dah penjagaan luaran semasa melalui tahap tu laaaaaa penting. Lelebih lagi kat muka. Walaupun kena first degree sunburn. Or you might have permanent scar ya. Sis dah merasa. Sobs.

 

Suntan

Suntan (please dont read as santan haha)

Yang ni pula dia takda merah, sakit pedih. Tapi kulit jadi tan ja. Lebih gelap daripada sebelum ni. Kalau kita kena, lepas berjemur kawad ke, sukan sekolah ke, pergi island hoping ke, family day ke buka tudung ja berbelang muka atau tangan kan. Yang ni, dia punya post care tu tak intensive macam kena first degree sunburn ke atas. Boleh relax lagi. Cuma, ada juga skincare routine yang khusus untuk kembalikan warna kulit kita kepada warna asal.

So korang yang tanya i macam mana nak hilangkan sunburn tu, korang kena sunburn ke suntan sebenarnya? Sebab cara management dia tak sama. I pernah kena dua-dua. Paling scary adalah masa kena first degree sunburn. Selalu sunburn untuk medium tan ni jadi kalau lama gilaaaaa kena matahari terik atau tepi laut. Tapi i kena lepas terdedah 15 minit ja kat matahari. Doktor pun pelik. Turns out masa tu i ada medical condition underlaying factors. Imuniti badan tengah tengah paling low masa tu. Tu pun dah few months stop acid. Tak boleh bayang apa jadi kalau tengah pakai acid. Low imunity linking to first degree sunburn after 15 mins sun exposure for medium to tan is rare said my derma. But acceptable sebab our skin immune system pun lemah. Oh well, experience is my best teacher.