fbpx

Kesan perubahan berlainan hormon terhadap kulit

Hormon sangat sensitive dan mudah tak seimbang. (Swipe). 2 asas untuk kawal keseimbangan hormon dari dalam dan seterusnya jaga kecantikan kulit (termasuklah kulit kepala ya sekalian alam 🤪).

  1. Cara pengambilan nutrisi
  2. Cara kita menjalani aktiviti harian

 

Nutrisi yang seimbang

✅ Lebihkan sayur

✅ Lebihkan buah

✅ Lebihkan unsaturated fat

✅ Lebihkan ikan berlemak (tinggi omega 3)

✅ Lebih lean meat (dada ayam, daging kurang lemak)

✅ Lebih sumber karbohidrat, bijirin penuh

✅ Pelbagaikan sumber kat atas

✖ Kurangkan saturated fat

✖ Kurangkan processed meat burger, fast food

✖ Kurangkan junk food, gula tambahan

✖ Kurangkan karbohidrat yang telah diproses terlalu tinggi

 

Kurang tau. Bukan tak boleh makan. Melainkan allergic. Hehe. Makan berdasarkan kerperluan badan dan aktiviti seharian. Kalau ada memana program diet yang sarankan untuk tinggalkan memana group pemakanan tanpa sebab kukuh atau pengambilan kalori yang terlalu ekstrem sedikit, (selalunya weight loss program) then red flag. Tinggalkan.

 

Dulu i pun pernah juga desperate nak reverse PCOS, nak fat loss, seimbangkan hormon, nak redakan masalah penghadam semualahh dengan cepat. Semua dah try. Dari memula dapat diagnose PCOS masa 14 tahun sampai 4 tahun lepas. Tapi semua buat simptom penyakit lagi teruk. Tak ada supplement, special diet, iv drip, collagen yang boleh ganti perkara kat atas. Kalau cantik pun, tak semestinya sihat. Terpulang kat kita. Tak ada quick fix. I wish i have anything magic to propose.  Nutrisi dan tabiat hidup tetap king.