fbpx

Kenapa muka sembap bila bangun pagi?

Pernah tak bangun-bangun ja pada suatu hari yang indah, muka nampak dan bengkak walaupun dah tidur 8 jam? Hehe. Kalau bukan sebab allergic reaction, ada masalah thyroid,ada ambil ubat ubatan atau tak sihat maksudnya tu water retention. Jadi sebab makan makanan tinggi garam semalam macam fast food, maggie, burger ramly, potato chips lelebih baru lepas tengok wayang atau netflix binge ken ken. Betul letteww. I pun buat juga. Haha. Takda garam langsung pun tak okay sebab nanti dehydrated. Selain buah, garam penting untuk badan sebab antaranya boleh hold air. Tapi kalau terlalu banyak makan, esok tu kita akan bloated. Muka dan mata nampak sembab. So kalau ada event penting esok nak look camera ready, take note on this tips!

 

Apa nak buat kalau jadi?

Bantu lebihan air tu keluar sama ada minum air banyak atau exercise (kalau ada masa sempat nak berlari ). Dann semestinya kena reduce salt intake haritu. Mulakan hari dengan pengambilan makanan berkhasiat terutamanya buah-buahan dan sayuran (orang yang dah ada penyakit kronik terkecuali ya skip artikel ni). Basically kalau malam tadi dah makan makanan tak sihat, harini focus yang sihat pula. Kembali ke pangkal jalan konsep dia.  Selain tu, boleh buat ni:

 

DE-PUFF MORNING SKINCARE ROUTINE

  1. Kulit yang ada active jerawat, sensitive Pakai sheet mask yang disimpan dalam fridge, tekap muka dengan tuala sejuk atau role jade roller yang disimpan dalam peti sejuk. Very calming!

 

2.Kulit kering, pucat takda darah

‘Lymphatic flow stimulation’ aka urutan muka! Pakai jari boleh atau guna guasha. Stimulation guasha lebih deep berbanding jade roller. Simpan dalam peti sejuk.

  1. Coffee scrub

The best morning everr! Coffee ada caffeine semulajadi untuk bantu surutkan saluran darah yang kembang. Jadi merah atau bengkak tu kurang. Sangat membantu untuk pregnant ladies juga. Kurangkan puffiness dan avoid stretch mark, and instant brightening cuma tekstur dia agak kasar. Sensitive/prone to redness skin atau yang ada active acne elakkan k.

 

Tapi teknik kat atas ni bersifat sementara. Well, if it is helpful walaupun sekejap, no harm practicing it. It is very relaxing too.