fbpx

Kenapa basic skincare routine betul tapi jerawat still naik?

Sebab teknik basic tak complete. Hehe. Nah I kasi satu trick iaitu teknik mid-day routine.  Antara penyebab jerawat adalah kita biarkan muka berminyak lamaa atas kulit. Nanti tunggu solat la cuci terus. Tunggu balik rumah la terus buat pm routine. Tu yang pakai product non comedogenic pun jerawat still naik. It is better to kawal dari semasa ke semasa selain bergantung dekat basic am/pm routine ja.

 

Acid-based skincare flood menyebabkan ramai orang lupa ada cara mudahh ja nak kawal kulit berminyak selain bergantung sepenuhnya dekat salicylic acid, glycolic acid untuk kurangkan minyak. Lelagi yang salah pilih jenis, percentage dan layering yang sesuai dengan kulit. Nanti muda-muda lagi skin barrier rosak dan ada kulit sensitive kesan overexfoliate. Jadi alternatifnya adalah:

 

Oil blotter

  • Oily/combination skin mid day routine.
  • Perfect pick up untuk para remaja, students sampai la sesiapa yang nak cari cara savvy untuk kawal kulit berminyak tanpa tanggung risiko irritation atau allergic reaction.
  • Pakai waktu tengahari atau bebila muka mula rasa berminyak dengan cara dap dap/blot kat kawasan berminyak. Elakkan jerawat daripada sempat membiak.

 

Oil blotter ni dia akan serap lebihan minyak kat muka ja. Dia tak sepatutnya serap natural moisture kulit. Nak pakai atas make up pun boleh. Jadi pakai ni unlikely muka senang dehydrated/skin barrier rosak kalau tak pandai pakai acids lagi atau nak kawal minyak tnapa acid.