Kenapa ada muka senang gelap atau tan

Bila dah tan, confirm tu kesan kerosakan daripada matahari. Warna kulit medium to tan lebih senang gelap sebab melanin tinggi dalam kulit. Melanin ni sunblock semulajadi kulit. Macam spf 2. Apa jadi kalau melanin ni takda? Nanti sel dalam kulit senang mutate. Rosak. Bila rosak dia jadi sel cancer. Jadi kulit kita ni tan sebab nak lindungi sel daripada jadi cancer. Bila ada melanin, kulit tahan lasak sikit tapi tula. Lasak pun, step sunblock yang betul tak boleh tinggal atau salah.

 

Reverse Sun Tan

  1. Betulkan step sunblock

 

 

Refer gambar. Ha banyak tu kena pakai. Make sure penuh satu muka. Pakai sikit, sikit protection dia. Setiap 2-3 jam touch up. Untuk yang senang gelap sebab kulit aging collagen banyak takda atau nak protect dan repair tan yang dah ada tu pilih sunblock yang ada whitening/antioxidant infuse.

2.Tambah brightening serum sebelum layer sunblock sama ada Vitamin C serum, Niacinamide ke atau alpha Arbutin.

 

Basic lain, cleanser, hydrating, exfoliating jangan tinggal. Yang kata dah pakai sunblock tapi tan juga check balik. Betul ke pilih sunblock dengan jenis kulit? Cukup ke kuantiti yang kita sapu kat kulit? Setiap 3-4 jam reapply tak kalau SPF 50? Ke sunblock expired? Pilih filter sunscreen jenis apa tu? Hehe. Sunblock tau, bukan make up yang campur spf. Tu tak cukup juga. Well cukup kalau pakai recommended amount of sunscreen. Tapi kalau pakai foundation with spf sebanyak tu, jadi hantu kak limah lah kita.