fbpx

High Dose Oral Vitamin C untuk kulit

Keperluan asas Vitamin C untuk badan berdasarkan Buku RNI (Recommended Nutrient Intake) KKM 2017 hanya sekitar 70 – 90 mg untuk orang dewasa yang sihat. Kat luar negara pun lebih kurang inilah saranan dia. Vitamin C kena ambil daripada makanan sebab badan kita tak boleh produce dia. Jadi untuk dapatkan keperluan harian:

  1. Sayur 3 servings
  2. Buah 2 servings

Keperluan Vitamin C dah cukup dah. Takkan overdose kalau ambil dari pemakanan. Kenyang pun kenyang.

 

Tak sama dengan supplemen. High dose Vitamin C dikira kalau ambil 2000mg ke atas. Walaupun 1000mg dikira tak overdose, tapi tak disarankan untuk jangka masa panjang. Sebab? Sesetengah orang kulit memang cerah ambil supplemen ni kat drugstore. Ada yang tak. Tapi yang cerah ni, kena tahu tentang risiko jangka masa panjang kesan ambil supplemen ni. Iaitu:

  1. Sesetengah orang, vitamin c dose tinggi menyebabkan badan dia serap extra iron. Jadi ada masalah constipation masa ambil supplemen ni.
  2. Excess vitamin c akan keluar melalui urine tapi lelama ambil akan ada traces of vitamin ni berkumpul dan menyebabkan batu karang/masalah buah pinggang lelebih lagi tak pernah buat medical check up. Tau tau sakit ja nanti. The risk lah ni hehe

 

Yang ambil juga 1000mg tapi takda kesan apa-apa tu, it just makes our urine expensive kata doctors. Hehe. Jadi pilihlah cara yang selamat nak cantik. We can never go wrong with nutrient dense food. Cantik dan sihat kena seiring. Haritu korang suggest i letak daun kelor/moringa kat telur dadar. I pun try. Letak minyak hujung sudu kecil ja. Sedappp! Thanks bagi idea. I makan dengan sambal ayam. Hehe. More details tentang vitamin ada kt ig story before hilang!