fbpx

Hair fall: Perkara kedua terpenting selepas pemilihan shampoo: SCRUB

Semalam i dah cerita pasal shampoo untuk kulit kepala. Perkara kedua terrrpenting lepas pemilihan shampoo adalah scrub kulit kepala. Ingat muka ja ke kena scrub weekly? Kulit kepala pun samaa. Selain dia gugur sebab over oil production/kelemumur, dia jadi sebab ada timbunan kulit mati. (I dah explain pasal ni kat post semalam, pi tengok k). Tengok kat atas beza kulit kepala yang bersih vs yang banyak minyak/kulit mati/dandruff. Yikes!

 

2 contoh produk yang membantu sangaaat untuk tugasan ni adalah sea salt based scrub/scalp treatment seperti:

 

Pertama Christophe Robin. Brand lain pun boleh asalkan dia sea salt based. Kenapa sea salt? Sea salt ni bersihkan kulit mati sambil menyuburkan rambut sebab dia ada mineral dan vitamin penting untuk stimulate kulit kepala. Yang ni lebih kepada physical scrub. Untuk kulit kepala ja. Sephora adaaa.

 

Pilihan kedua kalau kulit kepala jenis kering dan sensitive tak boleh over stimulate, pilih natural chemical scrub, Root by Lush. Yang ni best sebab dia treatment sekali untuk rambut. So takyah beli hair treatment yang berbeza. Ni guna orange essential oil. Dia natural chemical exfoliant. Campur dgn madu for hair growth and soft hair. Nak cepat boleh beli dekat kedai dia Pavillion KL. Kalau nak murah sikit beli kat @lushmskxmy. Tapi kena tunggu le. Jangan expect esok dapat.

 

Tak percaya? Cuba buat. Tak kisahlah apa pun penyebab rambut kita gugur, scrub kulit kepala. Its one of the basic hair care routines kat rumah. Tak boleh depends kat shampoo ja untuk bersihkan kulit mati/minyak yang tersumbat. Kena deep cleansing juga weekly.