Nah, resepi untuk yang tengok ig story minggu lepas.
Bahan-bahan
- Isi ayam (isi ayam kampung kena carik sendiri. Alternatif: guna antibiotic free chicken breast)
- Bob Red Mill Gluten free Flour (alternatif: tepung gandum)
- Telur ayam kampung
- Sea salt
- Lada hitam/lada putih
Cara-cara
- Blend isi ayam
- Campurkan tepung, telur, garam dan lada dengan isi ayam yang dah blend tadi. Kalau suka ada tekstur blend kasar. Tepung dengan telur sikit ja nak kasi dia melekat.
- Goreng macam goreng cucur tapi penyekkan dia sikit bila masuk kuali.
Ni paling senang punya instant homemade nugget with minimal ingredients. Tak payah nak sejukkan dulu ke apa. Actually yang i buat ni i ada tambah nasi. Sebab yusuf tak sihat dan kena makan berat sikit. Nak bagi nasi dia tak lalu makan. Jadi kita buat nasi nugget lah centu. Guna nasi yang baru masak. Boleh alter ikut kreativiti memasingg. Yusuf boleh ja makan gluten. Tapi ni sebab mak dia nak makan sekali (i have gluten allergy ) jadi guna tepung gluten free. Kalau tak allergic, guna tepung biasa pun okay. Lagi sedap. Awh gandum paling sedap. 🤤