fbpx

Badan kita perlukan 2 jenis nutrients

  1. Macronutrient
  2. Micronutrient

 

MACROnutrient

Terbahagi kepada 3 kategori utama. – Carbohydrate – Protein – Fats

Sayur dan buah dalam kategori carbohydrates. Hehe. Nak badan sihat dan kulit cantik kita kena fokus betulkan macronutrients dulu. Sebab bila macronutrients seimbang, carbs, fats dan protein secukup rasa dengan keperluan badan, secara automatik keperluan micronutrient kita cukup.

 

MICROnutrients

Ni adalah vitamin dan mineral. Kita kena dapatkan essential micronutrients ni daripada makanan (macro) sebab badan tak boleh produce dia. Dan takda risiko terlebih ambil kalau dari makanan. Ni tak perlu banyak dan tak boleh kurang. Ni yang bagi kulit cantikk. Bila badan dapat pelbagai vitamin dan mineral yang cukup, ni yang tolong bantu kulit kita nampak glowing dan sihat dari dalam. Micronutrients dalam makanan berbeza-beza. Nak pastikan cukup, sebab tu kena pelbagaikan macro tinggu nilai nutrisi. Pelbagai sayur, buah, lean meat, lemak sihat, kekacang, bijirin.

 

Cukup macro berkhasiat dengan kadar yang betul, tak perlu supplement kurus ke kulit ke. Kebanyakan supplemen tak dipantau. Bila ambil tanpa nasihat doktor, ada potensi untuk overdose dan memberi kesan toxicity dan membebankan organ kita terutama buah pinggang. Susah nak ubah mindset supplemen sebab kita dah biasa dengan tabiat ni. Sakit ke, jerawat ke cari supplemen vitamin abc la detox la dulu. Sepatutnya betulkan akar masalah nutrisi tu dulu iaitu pengambilan carbs (nak detox lebihkan sayur dan buah), lemak sihat dan protein yang seimbang. Makan tu makan, tapi tak seimbang. Tinggi lemak, gula dan garam. So orang yang hari-hari dm i tentang supplemen mana nak ambil boleh jadi dia fokus micronutrient ja. Rugi sangat. Betulkan dulu macro, micro pun dapat. 2 in 1. Kenyang, bertenaga dan kulit jadi bersih. Yang dah start buat mesti nampak beza. Nah i share satu. Heeeeh.