fbpx

Kenapa dah pakai ubat jerawat tapi jerawat tak kecut?

Persoalan dia, ubat jerawat apa yang dipakai teww. Severity setiap jerawat untuk setiap orang tak sama kan. Naik yang degil tu lain cara kita treat dia. Jerawat jadi disebabkan 3 gabungan tiga faktor ni;

  1. Lebihan minyak.
  2. Lapisan kulit mati
  3. Bakteria jerawat

 

Kalau moderate to severe, generally, there is no one way to treat acne unless mild. 3 faktor tu kena target. Sebab tu pemilihan bahan aktif penting juga. Sebab setiap bahan aktif ada fungsi yang berbeza.

 

Beza bahan aktif untuk jerawat

  1. Antibiotic – matikan bakteria penyebab jerawat, kurangkan radang
  2. Salicylic acid – Buang sel kulit mati dan bersihkan dalam pori
  3. Benzoyl peroxide – Bersihkan pori, matikan bakteria penyebab jerawat, kurangkan minyak
  4. Adapelene – mempercepatkan sel pembaharuan kulit, trigger pengeluaran collagen dan kurangkan minyak.

 

Kalau kata pakai Tidact tapi takda kesan tu adalah kerana antibiotik tak boleh kurangkan minyak dan bersihkan pori. Sebab tu jerawat degil tak kecut. Kedua, antibiotic kena pakai untuk beberapa tempoh ja dan kena gabung antibiotic dengan benzoyl peroxide mula dengan dose paling rendah untuk kurangkan minyak, bersihkan pori dan bunuh bakteria pada jerawat degil dalam usaha menyahhhkan 3 faktor tadi. Lagipun, tambah benzoyl peroxide dengan topical antibiotic lebih berkesan untuk elakkan bakteria jerawat tu daripada immune dengan topical antibiotic (elakkan antibiotic resistance) kalau pakai terlalu lama. Atau pun pilih ja bahan aktif lain untuk jerawat degil kita.

 

Nota: Bahan aktif untuk jerawat boleh menyebabkan purging, peeling, redness, trigger radang dan kulit akan sensitive dengan matahari. Antara gabungan yang perlu dielakkan adalah salicylic acid, benzoyl peroxide dan retinoid serentak. Pilih satu. Pastu, pemilihan cleanser, moisturizer, scrub dan sunblock pun penting juga tau untuk keberkesanan menyeluruh.

 

Reference untuk antibiotic resistance:

Walsh TR, et al. Lancet Infect Dis. 2016.