fbpx

Eat Clean Term Can Be Mentally Damaging

Bila orang tengok page ni pasal kulit, banyak gambar sayur, mindset dia oh nak cantik kena makan eat clean. Kalau boleh, tak perlu dah pakai term ni. Dia akan jadi mental blocking dan confusing bila nak start a proper balanced lifestyle. Lebihkan nutrient dense food (macro yang bernutrisi) macam pelbagai sayuran, lemak sihat, wholegrain, kekacang, carbs yang tinggi fiber memang disarankan to improve our skin and wellbeing. Tapi tak semestinya kena exclude atau tahan diri daripada tak makan langsung fun food. In my case, Twix ice cream is my fav. Heeh.

 

A balanced lifestyle ni kita kena pelbagaikan makanan meliputi pelbagai sayur, buah, wholegrain, kekacang, high fiber carb, lemak sihat terrrrmasuklah ice cream, donut, kuih-muih, corndog apa-apa jelah dalam keadaan yang minimal atau sekadar perlu. I rasa i kena bagitahu ni untuk elakkan salah faham macam ni berterusan dari generasi ke generasi. Sebab ramaiii sangat orang yang ada disordered eating dalam followers i ni rupanya. Buat elimination diet tanpa nasihat physician la. Hanya kerana kepercayaan tak makan gluten jerawat hilang. Which is tak semestinya unless you allergy. Mindset tak makan carbs langsung. Sayur and buah are carbs too anyway. We need it. No sugar diet. Buah, nasi, even sayur semua ada gula tau. Kalau buat ni cerita dia memang tak makan apa. Memang hypo lah. Tu yang gigil.  Soalnya semua quantityyy.

 

Boleh tengok dekat highlight i category eat well those yang experience disordered eating. We should re-learn a proper meal plan. Especially parents. Semua gara-gara nak kurus dan cantik cara salah yang kesannya mempengaruhi kesihatan mental juga. It leads to unnecessary stress like anxiety, depression, poor body image. And this will definitely affect the youngster who actually needs a better lifestyle guidance. Belum lagi diet supplemen.  What if we overeat on certain days? Move on and re-improve. Tak perlu sebut sinful day ke rosak diet ke apa. Dont feel stress about it. Any source of stress can defo worsen skin problems and our health #worldmentalhealthday #beautyredefined #bettermalaysia